Surah Al Fatihah - Berzumpa lagi di blog kongsi doa, semuga dalam
keaadaan sihat sentausa. Jika pada masa yang lalu telah kita share surah ad
dhuha, maka pada masa ni akan kita kongsi surah al fatihah, baik dalam bahasa
melayu, arab atau terjemahan nya
Dinamakan surah al fatihah sebab ia adalah surah pembuka dalam al
quran. Al Fatikhah artinya pembukaan. Surah al fatihah termasuk dalam surah Makiyah,
maksudnya surah yang turun di kota makah.
Salah satu keistimewaan surah al fatihah adalah bahwa surah al-fatihah
turun langsung seluruh nya yang berjumlah 7 ayah. Selain tu, Al Fatikhah sering
dinamakan Ummul Qur'an atau Ummul Kitab karena merupakan inti dari seluruh isi
al quran.
Itu sahaja pengantar sebelum kami tulis surah al fatihah.
Surah Al Fatihah Jawi
![]() |
Surah al fatihah rumi, jawi, dan maksudnya |
Untuk pembaca yang sudah lancar membaca arab, saya sarankan membaca
al fatihah dalam tulisan arab sahaja. Sebab bagi yang sudah terbiasa membaca
arab pabila dipaksa membaca tulisan latin malah kurang elok dan linglung. Surah
al fatihah jawi ni kami jadikan sebagai gambar supaya lebih mudah di save dalam
handphone pembaca
Surah Al Fatihah Rumi
1. Bismillah hir-rohmaa nir-rohim.
2. Alhamdu lilahi robbil'alamin.
3. Ar rohmanir-rohim.
4. Maliki-yawmiddin.
5. Iyaka na'budu wa-iyyaka-nast'ain.
6. Ihdinos sirothol mustaqim.
7. Sirothol-lazina an'amta 'alaihim. Gh'oiril ma'dhubi 'alaihim
walad-dhollin
Sangat sayang sekali, jika surah yang indah ni dan penuh keutamaan
tak dapat dibaca bagi sebagian saudara kita yang kurang lancar bahasa arab.
Sebab tu kami tulis juga dalam bahasa melayu. Semuga saudara kita dapat
terbantu dengan bacaan rumi ni. Tapi jangan lupa tetap belajar kepada ustad
yang bijak guna membetulkan bacaan.
Terjemahan Surah Al Fatihah
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan
pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Bacaan basmalah merupakan surah pertama dalam surah al-fatikhah,
jadi kami ikut terjemahkan. Untuk memahami surah al fatihah hendaknya tak hanya
membaca terjemah sahaja. Akan tetapi juga belajar tafsirnya. Akan tetapi, dari
terjemahnya semuga kita dapat mengambil hikmah dan memahami sebagian dari isi
surah al fatihah
Kelebihan Surah al fatihah
di bawah ni kami sampaikan sikit dari keistimewann surah alfatihah
1. Sesiapa yang membaca surah al fatihah akan mendapat pahala
seperti sepertiga al quran
2. Sesiapa yang membaca surah al fatihah seperti seorang yang
menyedekahkan emas
3. Setiap ayah dalam surah al fatihah menjadi penutup pintu neraka
4. Dimudahkan rezekinya oleh Alloh SWT
sesiapa yang membaca surah al fatihah sebanyak 41 kali di waktu
saur, maka akan dimudahkan segala urusannya
Demikian kami share sebagian dari kelebihan surah al fatihah.
Sebenarnya masih banyak keutamaan yang belum kami tulis. Semisal untuk mengirim
arwan. caranya juga mudah. Anda tingggal niatkan dalam hati membaca surah al
fatihah dan pahalanya di hadiahkan kepada si arwah
Demikian kami share perihal surah alfatihah rumi beserta
terjemahan. Meski surah alfatihah memiliki banyak kelebihan alangkah eloknya
pabila kita tak hanya membaca surah al fatihah sahaja, tetapi membaca juga
surah-surah yang lain, semisal surah al kahfi dan surah al waqiah. Surah ni juga
banyak keistimewaan. Meski sebetulnya semua surah dalam al quran memiliki
keistimewaan masing-masing. Anda bisa mencari surah lain di blog kongsidoa.com ni.
Akhirnya sampai jumpa di perkongsian yang lain. Kami selalu
berharap yang kami tulis menjadi amal solih dan bermanfaat untuk pembaca semua.
source : wikipedia
source : wikipedia