Bacaan Surah AL Mulk Rumi dan Terjemahan
Surah
Al Mulk Rumi - Alhamdulillah kembali berjumpe kita dalam keadaan sihat dan tak
kurang suatu apa. Semuga perjumapaan kita dalam blog ini membawa suatu manfaat
untuk khalayak ramai. Terutama dalam perihal agama. Saya harap ilmu agama kita
semakin bagus
Setelah
sebelumnya kita kongsi surah yasin rumi, pada kesempatan kali ni akan kita
share kepada para pembaca masih seputar Al qur'an juga. Hanya pada masa ni
cukup dalam bahasa melayu saja.
BismiAllahialrrahmanialrraheemi
1.
Tabaraka allathee biyadihi almulku wahuwa AAalakulli shay-in qadeerun
2.
Allathee khalaqa almawta waalhayataliyabluwakum ayyukum ahsanu AAamalan wahuwa
alAAazeezu alghafooru
3.
Allathee khalaqa sabAAa samawatin tibaqanma tara fee khalqi alrrahmanimin
tafawutin fairjiAAialbasara hal tara min futoorin
4.
Thumma irjiAAi albasara karratayni yanqalib ilayka albasarukhasi-an wahuwa
haseerun
5.
Walaqad zayyanna alssamaaalddunya bimasabeehawajaAAalnaha rujooman
lilshshayateeni waaAAtadna lahum AAathaba alssaAAeeri
6.
Walillatheena kafaroo birabbihim AAathabu jahannama wabi/saalmaseeru
7.
Itha olqoo feeha samiAAoo laha shaheeqan wahiyatafooru
8.
Takadu tamayyazu mina alghaythi kullama olqiya feeha fawjun saalahumkhazanatuha
alam ya/tikum natheerun
9.
Qaloo bala qad jaana natheerun fakaththabnawaqulna ma nazzala Allahu min
shay-in in antum illafee dalalin kabeerin
10.
Waqaloo law kunna nasmaAAu aw naAAqilu ma kunnafee as-habi alssaAAeeri
11.
FaiAAtarafoo bithanbihimfasuhqan li-as-habi alssaAAeeri
12.
Inna allatheena yakhshawna rabbahum bialghaybi lahum maghfiratun waajrun
kabeerun
13.
Waasirroo qawlakum awi ijharoo bihi innahu AAaleemun bithati alssudoori
14.
Ala yaAAlamu man khalaqa wahuwa allateefu alkhabeeru
15.
Huwa allathee jaAAala lakumu al-arda thaloolan faimshoo fee manakibiha wakuloo
minrizqihi wa-ilayhi alnnushooru
16.
Aamintum man fee alssama-ian yakhsifa bikumu al-arda fa-itha hiya tamooru
17.
Am amintum man fee alssama-ian yursila AAalaykum hasiban fasataAAlamoona kayfa
natheeri
18.
Walaqad kaththaba allatheena min qablihim fakayfa kananakeeri
19.
Awa lam yaraw ila alttayrifawqahum saffatin wayaqbidna ma yumsikuhunna
illaalrrahmanu innahubikulli shay-in baseerun
20.
Amman hatha allathee huwa jundun lakum yansurukummin dooni alrrahmani inialkafiroona
illa fee ghuroorin
21.
Amman hatha allathee yarzuqukum in amsaka rizqahu ballajjoo fee AAutuwwin
wanufoorin
22.
Afaman yamshee mukibban AAala wajhihi ahda amman yamsheesawiyyan AAala siratin
mustaqeemin
23.
Qul huwa allathee anshaakum wajaAAala lakumu alssamAAa waal-absara waal-af-idataqaleelan
ma tashkuroona
24.
Qul huwa allathee tharaakum fee al-ardi wa-ilayhituhsharoona
25.
Wayaqooloona mata hatha alwaAAdu in kuntum sadiqeena
26.
Qul innama alAAilmu AAinda Allahi wa-innama ananatheerun mubeenun
27.
Falamma raawhu zulfatan see-at wujoohu allatheena kafaroowaqeela hatha allathee
kuntum bihi taddaAAoona
28.
Qul araaytum in ahlakaniya Allahu waman maAAiya aw rahimanafaman yujeeru alkafireena
min AAathabin aleemin
29.
Qul huwa alrrahmanuamanna bihi waAAalayhi tawakkalna fasataAAlamoona man
huwafee dalalin mubeenin
30.
Qul araaytum in asbaha maokum ghawran famanya/teekum bima-in maAAeenin
Baca Juga
Terjemahan Surah al mulk
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
1. Maha
berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai pemerintahan
(dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
2. Dia
lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan
ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang
bertaubat);
3. Dia
lah Yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit Yang berlapis-lapis;
Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan ALLâh Yang Maha Pemurah itu sebarang
keadaan Yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika Engkau ragu-ragu) maka
ulangilah pandangan - (mu) - Dapatkah Engkau melihat sebarang kecacatan?
4. Kemudian
ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik
kepadamu Dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula
berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga Dengan sia-sia).
5. Dan
Demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan
penduduk bumi) Dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu
punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab
neraka Yang menjulang-julang.
6. Dan
bagi orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab
neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
7. Apabila
mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya
meraung-raung, sedang ia menggelegak.
8. Hampir-hampir
ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. tiap-tiap kali dicampakkan ke
dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), Bertanyalah penjaga-penjaga
neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul
pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
9. Mereka
menjawab: "Ada! sebenarnya telah datang kepada Kami seorang Rasul pemberi
ingatan dan amaran, lalu Kami dustakan serta Kami katakan (kepadanya): ALLâh
tidak menurunkan sesuatupun, kamu (Wahai orang Yang mendakwa menjadi Rasul)
hanyalah berada Dalam kesesatan Yang besar! "
10. Dan
mereka berkata: "Kalaulah Kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai
orang Yang mencari kebenaran), tentulah Kami tidak termasuk Dalam kalangan ahli
neraka".
11. Akhirnya
mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang Yang kufur ingkar), maka
tetaplah JauhNya rahmat ALLâh dari ahli neraka.
12. Sesungguhnya
orang-orang Yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat
orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan
pahala Yang besar.
13. Dan
tuturkanlah perkataan kamu Dengan perlahan atau Dengan nyaring, (sama sahaja
keadaannya kepada ALLâh), kerana Sesungguhnya ALLâh Maha mengetahui akan Segala
(isi hati) Yang terkandung di Dalam dada.
14. Tidakkah
ALLâh Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang
ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!
15. Dia
lah Yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki Yang dikurniakan ALLâh;
dan (ingatlah), kepada ALLâh jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan
hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
16. Patutkah
kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan Yang pusat pemerintahanNya di
langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu
Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
17. Atau
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada ALLâh Yang pusat pemerintahanNya
di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut Yang menghujani kamu
Dengan batu; maka Dengan itu, kamu akan mengetahui kelak Bagaimana buruknya
kesan amaranKu?
18. Dan
Demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) Yang terdahulu daripada mereka telah
mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); Dengan Yang demikian,
(perhatikanlah) Bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
19. Patutkah
mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan ALLâh pada) burung-burung
Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung
itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada
jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha
melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
20. Bahkan
siapa Dia Yang menjadi tentera bagi kamu, Yang akan menolong kamu selain dari
ALLâh Yang Maha Pemurah? (sebenarnya) orang-orang Yang kafir tidak lain
hanyalah berada Dalam keadaan terpedaya.
21. Atau
siapa Dia Yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?
(tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus Dalam
keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
22. Maka
Adakah orang Yang berjalan (melalui jalan Yang tidak betul, Yang menyebabkan
Dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau
orang Yang berjalan tegak betul, melalui jalan Yang lurus rata?
23. Katakanlah
(Wahai Muĥammad): "ALLâh Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada),
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
24. Katakanlah lagi: "Dia lah Yang
mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
25. Dan
mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) Yang
dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang Yang benar?"
26. Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa
kedatangannya) hanya ada pada sisi ALLâh, dan Sesungguhnya Aku hanyalah seorang
Rasul pemberi ingatan dan amaran Yang terang nyata".
27. Kemudian
apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) Yang dijanjikan itu secara
dekat, muramlah muka orang-orang Yang kafir itu, serta dikatakan (kepada
mereka): "Inilah Dia Yang dahulu kamu Kerap kali minta disegerakan
kedatangannya!".
28. Tanyalah
(Wahai Muĥammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah
binasakan daku dan orang-orang Yang bersama-sama denganku (sebagaimana Yang
kamu harap-harapkan), atau ia memberi rahmat kepada Kami (sehingga Kami dapat
mengalahkan kamu), - maka siapakah Yang dapat melindungi orang-orang Yang kafir
dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?".
29. Tegaskan
(Wahai Muĥammad, kepada mereka): "ALLâh Dia lah Yang Maha Pemurah, Yang
Kami beriman kepadaNya, dan Yang kepadanya Kami berserah diri; oleh itu kamu akan
mengetahui kelak siapakah Yang berada Dalam kesesatan Yang nyata".
30. Katakanlah
lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan
bumi), maka siapakah (selain ALLâh) Yang dapat mendatangkan kepada kamu air
Yang sentiasa terpancar mengalir?".
Demikian
perkongsian pada masa ni. Telah tuntas kami share bacaan surah al mulk full
dalam bahasa malaysia dan terjemahannya. Semuga apa yang kami kongsi ni
memberikan manfaat untuk duni dan akhirat. Sampai jumpa kembali di blog wirid dan doa yang akan dayang
Post a Comment
Post a Comment