Bacaan Surah Al Kahfi Ayat 1 - 10 Rumi, Terjemahan, Serta Kelebihannya

7:23 PM

Surah Al Kahfi Rumi, Terjemahan serta kelebihannya

Surah al-Khafi  ayat 1-10 ayat 1-10 Rumi - Puji syukur kepada Alloh Tuhan sekalian alam yang memberi masa kepada kita sehingga kita dapat bersua kembali di blog wirid dan doa ni. Setelah kemarin kita kongsi bacaan niat mandi wajib, pada masa ni kita nak share 10 ayat pertama surah al-khafi
Surat Kahfi adalah surat ke 18 dalam Kitab Al Quran. Termasuk golongan surat makiyyah dan memiliki 110 ayat. Dinamakan Al Kahfi atau Gua. Maksudnya adalah pemuda yang tidor dalam gua selama beberapa masa. Hal ini Diceritakan dalam surat ni pada ayat 9-26. Pembaca pasti pernah mendengar kisah ni.
Surah Al Kahfi ayat 1 - 10 Rumi, Surah al kahfi rumi, bacaan surah al kahfi rumi, kelebihan surah al kahfi, Surah Kahfi 1 - 10,bacaan surah al kahfi, surah al kahfi dan terjemahan

Kelebihan surah alkahfi terutama ayat I-I0 sudah tercatat dalam beberapa hadis. Dibawah ni kami tulis agar menjadi wawasan dan motivasi bagi para pembaca yang budiman perihal keutamaan Al Kahfi
1. Sesiapa yang menghafal surat Khafi ayat I-I0 kan terhindar dari fitnah dajjal. 
2. Sesiapa yang membaca surah al Kaahfi pada hari jumaat terhindar dari fitnah dan mendapat kelapangan dalam segala urusan hingga jumaat berikutnya
Segala  keutamaan Surah Kahhfi tentu saja atas kehendak Alloh SWT. Dan kita sebagai hambanya hendaknya selalu berkhusnudzon kepada Alloh SWT
Pada masa ini akan kami share bacaan surah al kahfi rumi ayat I-I0 sahaja. Tidak full. Sebab bila kami tulis full butuh masa yang banyak. Tapi mungkin pada lain masa akan kami share surah khafi full kepada para pembaca. 
Surah Al Kahfi Rumi
Audzubillahi minasyaitan nirrajim. Bismillahirrahmanirrahiim

1. Al ham du lil laa hil lazii an zala 'alaa 'ab di hil ki taa ba wa lam yaj' al la hu ie waja
2. Qay yi man li yun zi ra ba' sans sha dee dam mil la dun hu wa yu bash shi ral mu' mi nii nal lazi na yak ma luu nas soo li haa ti an na la hum aj ran kha sana
3. Maa ki sii na fii hi aa ba daa
4. Wa yun zi ral la dzii na qaa lut ta kha dzal loh hu wa la daa
5. Maa la hum bihi min 'il miu wa laa li aa baa ie him ka bu rat kali ma tat takh ru ju min af waa hi him iie ya quu luu na il laa ka dzi baa
6. Fa la 'al la ka baa khi 'un naf sa ka 'a laa aa saa ri him il lam yu' mi nuu bi haa dzal hadiis si aa sa faa
7. In naa ja 'al aa maa 'a lal ard di zii na tal la haa li nab lu wa hum iy yu hum ah sa nu 'a ma laa
8. Wa inn naa la jaa 'i luu na maa 'a lai haa so iee dan ju ru zaa
9. Am ha sib ta an na as khaa bal kah fi war ra qii mi kaa nuu min aa yaa ti naa 'a ja baa
10. Iz awal fit ya tu ie lal kah fi fa qo luu rob ba naa aa ti naa minl la dunk ka rah ma taw wa hay yi' la naa min am ri naa ra sya daa

 Baca Juga

Terjemahan Surah kahfi ayat 1 - 10/ arti/ maksud
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.    Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): 
2.  (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. 
3.      Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
4.   Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". 
5.    (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. 
6.  Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
7.      Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
8.    Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
9.  Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? 
10.  (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"

Alhamdulillah telah pungkas kami share surah al kahfi ayat 1-10 rumi dan terjemahan serta kelebihannya. Semuga apa yang kami posting ni memberi manfaat kepada pembaca. Pabila ada kesalahan dalam penulisan atau isi postingan tersebut kami memohon maaf. 

0 Response to "Bacaan Surah Al Kahfi Ayat 1 - 10 Rumi, Terjemahan, Serta Kelebihannya"

Post a Comment