Wirid doa selepas solat dalam bahasa melayu
Doa selepas Solat Rumi - selamat duhur pembaca yang
budiman. Terimakasih telah singggah di blog wirid dan doa ini. Semoga dapat
mendatangkan berkah dari Tuhan. Di pembelajaran yang lalu telah kami posting
doa iftitah dalam rumi.
Pada kesempatan kali ini akan kami posting bacaan
doa selepas solat fardu dalam rumi. Berdoa selepas solat fardhu dikatakan
merupakan waktu yang afdol. Karena dilakukan selepas kita menunaikan kewajiban
kepada Tuhan
Ada pelbagai macam versi bacaan doa baik doa panjang
selepas solat maupun doa ringkas selepas solat. Tentu setiap doa memiliki sanad
tersendiri dan tak perlu dipermasalahkan. di bawah ini akan kami kongsi salah
satu versi dari yang ada
Bacaan doa
selepas solat fardu jawi
Bacaan Doa
Selepas solat rumi
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil muraslin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksud doa
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
itu saja pembelajaran kali ini yang dapat kami
sampaikan sekitar doa selepas solat dalam rumi. Muga kita dapat bersua lagi di
pembelajaran yang akan datang
5 comments
Terima kasih kpd tuan blogger.. semoga sentiasa dmurahkan rezeki.
Tkasih semoga semoga mendapat balasan yg baik dari Allah
Terima kasih kpd blogger ini. Hanya Allah jua yg dpt memblsnya
Alhamdulillah... Sangat membantu
Semoga Allah memberi ganjaran yg setimpal
Alhamdulillah...tkasih. mohon di halalkan ilmunye
EmoticonEmoticon